Jumaat, 27 Jun 2014

Perasaan Hari Ini.........???.......

Saya rasa gementar hari ini,kerana hari ini ialah hari mengambil Report Card..... Aahhhh...takut... Setelah sampai giliran ummi. Ummi melihat nombor saya menurun dari nombor 6 ke nombor 14...... Saya rasa tidak berpuas hati..... Sekolah Kebangsaan pula daripada nombor 9 meningkat ke nombor 5.... Tapi saya masih tak berpuas hati juga.  Saya akan berpuas hati apabila mendapat nombor satu di kedua dua sekolah. Tetapi saya rasa gembira dapat menyambut birthday satu family. Dapat makan di KFC. Dapat hadiah dari ummi dan abah. Ummi bagi selimut serbaguna Doraemon. Abah punya kawan baru balik dari Paris. Dia bagi buku kat abah suruh bagi kat kitaorang. Jadi  hadiah dari Abah ialah buku dari Paris.

Persiapan Menyambut Hari Jadi

Pada 26 Jun yang lalu, ialah majlis hari jadi saya. Kadi saya meminta ummi untuk membuat Party Bag. Pada lebih kurang pukul 9:00pm,saya dan adik menolong ummi untuk membuat Party Bag. Pada esoknya, saya membawa Party Bag itu kesekolah untuk diberi kada rakan rakan. Saya rasa sangat gembira fapat menyambut hari jadi bersama seluruh keluarga........

Salam sayang
Hanis Safiyyah

Isnin, 23 Jun 2014

Aktiviti Di Cuti Sekolah Bahagian 2

Pada hari seterusnya , kami sekeluarga pergi ke Teluk Intan. Di sana, kami sekeluarga pergi ke tempat yang menarik seperti Menara Condong,Teluk Intan. Di sana, kami sekeluarga dapat mempelajari tentang sejarah sejarah pembinaan Menara Condong ini. Selepas itu, kami sekeluarga pergi ke KELLIE'S CASTLE. Di sana, kami sekeluarga menangkap banyak gambar gambar yang menarik. Abah  terfikir nak bawa jalan jalan dekat dalam sana, tapi lawatan sampai pukul 6:00 petang sahaja. Kami sekelaurga sampai di sana pada pukul 5:30 petang. Jadi tak dapat nak melawat ke dalam KELLIE'S CASTLE itu. Selepas itu, kami sekeluarga pergi ke tempat penginapan. Kami sekeluaraga tidur di tempat penginapan selama sehari. Pada kesokkan harinya, sebelum balik ke rumah yang tersayang. Kami sekeluarga singgah di suatu pantai yang bernama Pantai Remis. Di Pantai Remis ayah membeli layang layang untuk adik. Selepas penat bermain layang layang, ayah belanjaa kami makan di tempat yang berdekatan dengan pantai itu. Selepas kenyang makan, kami sekeluarga pun balik ke rumah tersayang.......

Salam Sayang,...
Hanis Safiyyah........!
Sehingga berjumpa di lain hari dan waktu.....

Ahad, 22 Jun 2014

Aktiviti Di Cuti Sekolah Bahagian 1

Hai kawan kawan saya Hanis Safiyyah Binti Saipul Baharin.Ini ialah kali pertama daya menulis Blog. Saya mendapat inspirasi menulis blog ini daripada ibu saya Sofuriah. Ha... Kawan kawan pada cuti sekolah yang lalu kawan kawan mesti pergi ke tempat yang menarik dan seronok. Boleh ceritakan..?

  Saya nak ceritakan pengalaman saya sewaktu bercuti kepada kawan kawan. Saya sekeluarga ke Taman Burung,Kuala Lumpur. Di sana kami dapat belajar,melihat,dan mengenali berbagai jenis burung. Ada seekor burung ini yang abang saya sangat suka,dia memanggil burung itu dengan nama Burung Collagen.

Perasmian Blog

Assalamualaikum...semua

Perasmian blog saya hari ini

Selamat membaca

Salam Sayang
Hanis Safiyyah